Sabtu, 8 Oktober 2016

PENGERTIAN HIJRAH




HIJRAH
Rasanya belum terlewat untuk membicarakan tentang hijrah khususnya di bulan Muharram ini. Perbincangan hijrah boleh dilihat daripada pengertian bahasa dan hubungan ‘hijrah’ dengan manusia. Secara umumnya, hijrah bermaksud perpindahan. Hijrah yang pertama dalam Islam adalah perpindahan sahabat Nabi SAW seramai 24 orang yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 12 orang perempuan yang berpindah dari Kota Mekkah ke Habsyah selama 3 bulan. Tujuan perpindahan ini adalah melindungi diri daripada penganiayaan Orang Quraisy.
Walau bagaimanapun, istilah hijrah sering dikaitan dengan perpindahan Rasullullah SAW dengan sahabatnya dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Perhijrahan ini merupakan satu peristiwa yang amat penting bagi agama Islam khususnya penyebaran syiar Islam ke seluruh dunia.






Secara bahasa ‘hijrah’ berasal dari akar kata هـ ج ر yang mengandung dua erti:
  1. memutuskan, misalnya seseorang hijrah meninggalkan kampung halamannya menuju kampung lainnya. Ini bererti dia memutuskan hubungan antara dirinya dengan kampungnya.
  2. menunjukkan pada erti kerasnya sesuatu الهجر الهجير الهاجرة bererti tengah hari di waktu panas sangat menyengat (keras).

Imam Al Asfahanii lebih cenderung kepada tafsiran yang pertama. Menurutnya, hijrah bererti berpisahnya seseorang dengan yang lain, baik berpisah secara fizikal, lisan, atau dengan hati. Meninggalkan suatu daerah bererti berpisah secara fizikal.  secara lisan bererti tidak mahu berbicara dengan orang lain dan membenci seseorang bererti memisahkan dirinya dengan orang lain secara hati (qalbiyah).
Daripada Umar bin Khattab RA, Nabi SAW telah bersabda:
إنما الاعمال بالنيات و إنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إل الله و رسوله فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya.” (Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907)
Jelaslah bahawa hijrah ini bukan sekadar perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat. Malah luas skopnya apabila kita memperhalusi pengertian yang sebenar iaitu hijrah dari satu perkara kepada perkara yang lebih baik. Itulah hikmahnya erti hijrah yang sebenar. Maka setiap kita dituntut untuk mengubah kehidupan kita agar lebih baik dari semalam. Khususnya menambahbaikan dalam ilmu dan ibadah kita kepada Allah SWT. Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk yang berterusan daripada Allah SWT.



Walaupun kadang kala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang dan suka tp demi mencari redha ilahi dan keberkatan kehidupan ini maka kalau itulah jalan yang terbaik teruskanlah kerana Allah adalah Maha Pentadbir sekalian alam.
“ Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung ”

“ When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah “
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”


jom ramai2 posa sunat hari assyura pada 10 Muharram setiap tahun tanda kita syukur kepada Allah dan sentiasa mencari RedhaNya dunia dan akhirat.





Rujukan:

https://www.google.com/search?q=puasa+sunat+muharram&biw

Sabtu, 1 Oktober 2016

SELAMAT TINGGAL 1437


Dia hadir dalam life aku tanpa disedari kerana sering berjumpa setiap hari. Hari demi hari berlaku akhirnya kami bersatu dalam alunan satu hubungan yang amat intin. Saat itu, kehidupan ini kembali ceria.
Dia banyak memberi kasih dan sayang kepada aku sehingga akhirnya kami bersama-sama menghadapi hidup yang indah. Kehadiran dia membawa satu impian yang besar untuk bersama-sama meniti kehidupan ini.
Image result for cute teddy bear cartoon drawing

Namun, pada 28 Zulhijrah 1437 'secara rasminya' Dia meninggalkan aku dalam mencari kebahagiaannya. Pemergiaan Dia suatu yang tidak diduga. Impian hanya tinggal kenangan terindah. Kasih sayang dia terus bersama aku menyusuri kehidupan ini. 

Aku redha dengan pemergiaan Dia kerana aku tahu segalanya adalah milik Allah. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga kebahagiaan dikecapi bersama. Kenangan bersama Dia akan dikenang sepanjang zaman kerana telah mengajar aku erti kehidupan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya.

Siapakah Dia?
Dia adalah pengalamanku dan kenanganku sepanjang tahun 1437 yang akan pergi buat selamanya sebentar lagi yang akan aku rindu kekal selamanya dihati tidak pernah terpadam.


Terima kasih kerana hadir dalam diriku..

Selamat datang tahun 1438, semoga kehadiran 'Orang Baru' dapat memberi kebahagiaan yang Dia impian dan disatukan hati kekal abadi selamanya.




Image result for doa akhir tahun