FAQ 1 : Apa itu Fingo?
Fingo adalah satu platform online shopping seperti Lazada mahupun Shopee.
.
FAQ 2 : Apa beza Fingo dgn Lazada mahupun Shopee?
Di Lazada mahupun Shopee, anda boleh beli Online dgn mudah, tapi anda Takkan berpeluang untuk menjana income. Dengan erti kata lain, kat situ, anda hanya sebagai Shopper semata - mata. Perabiskan duit je. Takde duit masuk. Tetap di Fingo, anda bukan sekadar Shopper, bahkan anda boleh menjana pendapatan melalui Referral or Affiliate System yang direka khusus untuk anda
.
FAQ 3 : Rank yang terdapat di Fingo
.
Konsep FINGO ..
Pembeli - Shopper
Peruncit. - Preferred Shoper (PS)
Pemborong - Affiliate Marketing (AM)
Pengilang - Affiliate Trainer (AT)
.
Jadi, sebaik sahaja anda mendaftar di Fingo melalui link yang diberikan, automatically anda adalah Shopper.
.
So terpulang la anda nak shopping banyak mana pun. Fingo ni masih baru, tetapi setiap bulan purata ada 8000 produk baru di masukkan.
.
Pada peringkat Shopper ni, anda takkan dapat jana apa apa income. Tetapi ok lah.. Maybe anda suka shopping je. Malas nak pening pening nak refer kepada orang lain. Insya Allah ada barang yg sama di Fingo ni tetapi harga lebih murah berbanding di Lazada mahupun Shopee. Begitulah sebaliknya. Anda juga boleh buat dropship.
.
FAQ 4 : Abis tu, Camne saya nak dapat income di Fingo?
Haaa.. Part ni best. Ianya bermula apabila anda mula membuat belian barangan Pek Hadiah bernilai RM199 / RM229 Sekali Seumur Hidup. Anda akan diupgrade kepada Preferred Shopper (PS). Income anda akan bermula di sini.
.
FAQ 5 : Apa kelebihan. sebaik sahaja saya upgrade diri saya daripada Shopper kepada Preferer Shopper (PS) ?
1. Anda kini memiliki gedung online anda sendiri.
.
2. Anda akan diberi link untuk anda promote kepada rakan rakan or sedara mara or sesiapa sahaja yang anda nak promote. Selagi belum upgrade jadi PS, anda tak ada tools untuk buat promotion.
.
3. Bergantung kepada promosi semasa, Sebaik sahaja anda upgrade kepada PS anda akan diberi Voucher Tambahan. Nilai voucher ni sentiasa berubah. Nilai Voucher semasa Ialah RM199
.
Beberapa fakta menarik mengenai Fingo. 💯🥇🎯
1. Kalau di Lazada atau Shopee, kita hanya membeli tak dapat income, namun di social eCommerce Fingo kita akan dapat income.
2. Permulaan , kita akan dibayar RM50 komisyen untuk setiap affiliate (VIP) member dan 10% komisyen daripada setiap pembelian shopper. Tiada maintenance bulanan. Ada lagi income lebih power selepas itu!
3. Produk dijual di tambah dari masa ke semasa , peringkat jumlah 3000 produk setiap bulan. Banyak produk harga murah dan berkualiti. Jom survey tengok!
4. Mudah sertai dengan hanya kurang 3 minit , guna phone saja isi no phone dan set password. Klik sini: Buy to save, share to earn --Download Fingo.
5. Sertai group penerangan bersama sifu- sifu yang sudah 3-4 bulan menyertai Fingo. Ada yang sudah mendapat jumlah income melebihi RM100 ribu dalam masa tak sampai 3 bulan saja.
6. Anda boleh guna pendapatan tambahan ini dengan mengeluarkannya pada setiap hari Selasa, wang komisyen boleh dikeluarkan ke bank tempatan Maybank, CIMB dll pada setiap minggu. Jom daftar PERCUMA dulu untuk lihat sistem. Ok? Jom cuba!!!
https://web.publicecommerce.com/shareInvite?shareCode=WSEH4A&lang=en
mawilifestyle
Isnin, 30 Disember 2019
Ahad, 30 April 2017
DEMI WAKTU SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN
Tahun 2017 dah hampir pertengahan usianya. Namun banyak perkara yang belum aku tunaikan. Subhanallah, sesungguhnya aku berada dalam kerugian. Mengapa perkara ini boleh terjadi? mungkin kerana aku tidak istiqamah dalam menjalani kehidupan ini. Bukan senang untuk senang.. Ya Allah, bagilah aku kekuatan dalam menghadapi dugaanMu. Fikiran aku juga hilang pertimbangan sejak tahun 1437 hilang dari pandangan. setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. aku redha dan sentiasa positif demi kehidupan yang perlu diteruskan. Ya Allah.. berilah aku petunjuk dan hidayahMu Ya Allah.. aku terlalu lemah Ya Allah.. Mudahan aku mendapat kemanisan Iman dan Kecintaan kepadaMu dan RasulMu dalam aku menjalani kehidupan ini yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Aamiin.. aamiin ya Rabbal Alamiin...
Isnin, 7 November 2016
HADITH KEDUA: MUKHTASAR IBDU ABI JAMRAH, PILIHAN DARI KITAB SAHIH IMAN AL-BUKHARI
Daripada Anas Radiyallahu ‘anhu
dari Nabi Sallalahu ‘alaihi wassalam ia bersabda: tiga perkara; barang siapa
yang ada tiga perkara itu padanya nescaya ia mendapat akan kemanisan iman,
iaitu adalah Allah dan RasulNya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain
dari keduanya. Dan bahawa ia kasih akan seseorang, tiada kasihnya itu melainkan
kerana Allah Ta’ala. Dan bahawa ia benci akan kembali kepada kufur sebagaimana
ia benci bahawa ia akan dicampakkan ke dalam neraka.
Hadist tersebut menerangkan
bahawa tiga perkara menyebabkan seseorang beroleh kemanisan iman:
1.
Hendaklah kasih kepada Allah dan RasulNya
benar-benar lebih daripada kasihnya kepada sesuatu benda atau kepada orang
lain. Kalau demikian kasihnya itu, barulah ia mendapat kemanisan iman yang
bererti pula beroleh kegembiraan dan kelazatan berbuat keta’atan dan kebajikan
dengan penuh kecergasan dan kegiatan dengan tidak menghiraukan sama ada perkara
itu keci atau besar, baikpun senang atau susah amalan yang akan diperbuatnya
sebaliknya ia tidak bersenang hati kalau sekiranya keta’atan dan kebajikan itu
tidak dan belum lagi diperbuat. Orang yang telah beroleh kemanisan iman,
baginya amatlah payah meninggalkan kewajipan ibadah seperti: sembahyang, puasa,
haji, zakat dan lain-lain daripada perkara yang diperintahkan agama Islam.
2.
Hendaklah ia kasih akan seseorang daripada anak
Adam kerana Allah semata-mata, iaitu kasihnya kepada saudaranya itu disebabkan
diapun hamba Allah dan seorang makhluk yang sama kejadian, yang sama pula
keturunan dan bukan kerana ianya orang kaya, orang bangsawan, orang yang
berpangkat atau orang yang terhormat.
3.
Hendaklah ia benci kembali kepada kekufuran. Maka
kerana itu mahulah ditinggalkan segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa
kepada menyekutukan Tuhan seraya berusaha sungguh-sungguh menjauhi segala perbuatan
keji, derhaka dan perangai yang jahat.
Inilah tiga perkara yang
diterangkan oleh junjungan Sallallahu ‘alaihi wassalam bagi
pengikut-pengikutnya untuk memperolehi kemanisan iman dan kelazatan beribadah,
seorang Islam akan berada tetap di dalam ketaatan dan dalam keselamatan hidup
bermasyarakat jika tiga perkara itu ada baginya.
Rujukan: Hadist kedua, Mukhtasar
Ibnu Abi Jamrah. 2012. Mengandungi 294 Hadith pilihan dari Kitab
Sahih Iman al-Bukhari, Mustafa ‘Abdul Rahman, Selangor: Dewan Pustaka Fajar.
Sabtu, 8 Oktober 2016
PENGERTIAN HIJRAH
HIJRAH
Rasanya belum terlewat untuk
membicarakan tentang hijrah khususnya di bulan Muharram ini. Perbincangan
hijrah boleh dilihat daripada pengertian bahasa dan hubungan ‘hijrah’ dengan
manusia. Secara umumnya, hijrah bermaksud perpindahan. Hijrah yang pertama
dalam Islam adalah perpindahan sahabat Nabi SAW seramai 24 orang yang terdiri
daripada 12 orang lelaki dan 12 orang perempuan yang berpindah dari Kota Mekkah
ke Habsyah selama 3 bulan. Tujuan perpindahan ini adalah melindungi diri
daripada penganiayaan Orang Quraisy.
Walau bagaimanapun, istilah
hijrah sering dikaitan dengan perpindahan Rasullullah SAW dengan sahabatnya
dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Perhijrahan ini
merupakan satu peristiwa yang amat penting bagi agama Islam khususnya
penyebaran syiar Islam ke seluruh dunia.
Secara bahasa ‘hijrah’
berasal dari akar kata هـ ج ر yang mengandung dua erti:
- memutuskan,
misalnya seseorang hijrah meninggalkan kampung halamannya menuju kampung
lainnya. Ini bererti dia memutuskan hubungan antara dirinya dengan
kampungnya.
- menunjukkan
pada erti kerasnya sesuatu الهجر الهجير الهاجرة bererti tengah hari di
waktu panas sangat menyengat (keras).
Imam Al Asfahanii lebih
cenderung kepada tafsiran yang pertama. Menurutnya, hijrah bererti berpisahnya
seseorang dengan yang lain, baik berpisah secara fizikal, lisan, atau dengan
hati. Meninggalkan suatu daerah bererti berpisah secara fizikal. secara lisan bererti tidak mahu berbicara
dengan orang lain dan membenci seseorang bererti memisahkan dirinya dengan
orang lain secara hati (qalbiyah).
Daripada Umar bin
Khattab RA, Nabi SAW telah bersabda:
إنما الاعمال بالنيات و
إنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إل الله و رسوله
فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
“Segala amal itu
tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka
barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu
kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Kerana kesenangan
dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu
kepada apa yang ditujunya.” (Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907)
Jelaslah bahawa hijrah
ini bukan sekadar perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat. Malah luas
skopnya apabila kita memperhalusi pengertian yang sebenar iaitu hijrah dari
satu perkara kepada perkara yang lebih baik. Itulah hikmahnya erti hijrah yang
sebenar. Maka setiap kita dituntut untuk mengubah kehidupan kita agar lebih
baik dari semalam. Khususnya menambahbaikan dalam ilmu dan ibadah kita kepada
Allah SWT. Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk yang berterusan
daripada Allah SWT.
Walaupun kadang kala
kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang dan suka tp demi mencari
redha ilahi dan keberkatan kehidupan ini maka kalau itulah jalan yang terbaik
teruskanlah kerana Allah adalah Maha Pentadbir sekalian alam.
“ Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau
betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan
walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung ”
“ When someone comes into your life, Allah
sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah “
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan
tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita,
maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak
dijangka.”
jom ramai2 posa sunat hari
assyura pada 10 Muharram setiap tahun tanda kita syukur kepada Allah dan
sentiasa mencari RedhaNya dunia dan akhirat.
Rujukan:
https://www.google.com/search?q=puasa+sunat+muharram&biw
Sabtu, 1 Oktober 2016
SELAMAT TINGGAL 1437
Dia hadir dalam life aku tanpa disedari kerana sering berjumpa setiap hari. Hari demi hari berlaku akhirnya kami bersatu dalam alunan satu hubungan yang amat intin. Saat itu, kehidupan ini kembali ceria.
Dia banyak memberi kasih dan sayang kepada aku sehingga akhirnya kami bersama-sama menghadapi hidup yang indah. Kehadiran dia membawa satu impian yang besar untuk bersama-sama meniti kehidupan ini.
Namun, pada 28 Zulhijrah 1437 'secara rasminya' Dia meninggalkan aku dalam mencari kebahagiaannya. Pemergiaan Dia suatu yang tidak diduga. Impian hanya tinggal kenangan terindah. Kasih sayang dia terus bersama aku menyusuri kehidupan ini.
Aku redha dengan pemergiaan Dia kerana aku tahu segalanya adalah milik Allah. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga kebahagiaan dikecapi bersama. Kenangan bersama Dia akan dikenang sepanjang zaman kerana telah mengajar aku erti kehidupan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya.
Siapakah Dia?
Dia adalah pengalamanku dan kenanganku sepanjang tahun 1437 yang akan pergi buat selamanya sebentar lagi yang akan aku rindu kekal selamanya dihati tidak pernah terpadam.
Terima kasih kerana hadir dalam diriku..
Selamat datang tahun 1438, semoga kehadiran 'Orang Baru' dapat memberi kebahagiaan yang Dia impian dan disatukan hati kekal abadi selamanya.
Isnin, 26 September 2016
INILAH CINTA..
KECINTAAN
YANG BERMANFAAT
CINTA
Cinta merupakan satu kalimah
yang melambangkan kelembutan jiwa dan memberi satu aura yang dapat dirasai di
hati sehingga mampu menyebabkan seluruh orang berasa adanya cinta. Allah
menanamkan cinta sebagai fitrah manusia. Semua orang pernah merasai cinta,
kasih sayang dan rindu kepada seseorang kerana itulah naluri manusia yang ingin
disayangi dan menyayangi antara satu satu sama lain. Ianya disebut sebagai
“qharizah” iaitu naluri atau perasaan yang ada dalam qalbu yakni hati yang
memberi tindak balas atau respons melalui perasaan, pemikiran, percakapan dan perbuatan yang mampu
memberi impak dalam kehidupan.
CIRI-CIRI
ORANG JATUH CINTA
1. Sentiasa
gembira / senyum / senang hati
- Kita
sentiasa rasa gembira dan kadang-kadang senyum seorang diri kerana terkenangkan
dia. Terasa dunia ni milih kita dan si dia sahaja.
2.
Selalu
rindu dan teringat-ingat
- Perasaan
rindu ini boleh dikatakan setiap masa. Kalau ada perkara yang buat ingatan kita
kadang-kadang teringatkan si dia. Selalu teringat kenangan yang lepas-lepas.
Selalu terbayang-bayang ja wajah si dia.
3.
Ingin
selalu dekat / berjumpa dengannya
- Apabila
rindu malah menjadi tidak keruan, kita selalu nak dekat dengannya, kalau boleh
setiap masa berjumpa dengannya, bermesra dan bercakap dengannya. Malah telefon
bimbit ini memang xpernah jauh dari kita. Kalau tidak bercakap tentu bermesej.
Memang tidak peduli dah orang kata apa.
4.
Enggan
berpisah
- Kalau
dah berjumpa pulak, rasa masa terlalu cepat bergerak. Rasa tidak puas bersama.
Malah sentiasa merancang untuk keluar bersama lagi untuk melepaskan rindu
kesumat di jiwa.
5.
Selalu
lihat gambar
- Gambar
si dia selalu dibelek-belek. Malah berulang-ulang tengok tidak rasa jemu.
6.
Selalu
sebut nama
- Selalu
sebut namanya malah kadang-kadang tersilap cakap atau panggil orang lain dengan
panggilan nama si dia.
7.
Di
hati paling terbaik
- Di
hatinya sentiasa menganggap si dia adalah yang terbaik, tercantik dan
sebagainya walaupun kadang kala orang mempertikaikannya kita akan
pertahankannya.
8.
Turut
menyukai sesuatu perkara
- Kita
akan cuba menyesuaikan diri kita untuk menyukai apa yang disukai oleh si dia.
Walaupun kadang-kala hipokrit tu wujud tapi tetap layan juga sebab nak ambik
atau jaga hati si dia.
9.
Terasa
ada dekat pada diri.
- Kita
merasakan diri si dia selalu ada dekat dengan kita hingga kita tersilap orang.
Tengok orang lain muka macam si dia.
Itulah CINTA yang pasti
dirasai oleh setiap manusia. Penangan CINTA mampu memberi tindak balas kepada
perasaan, pemikiran dan tingkah laku seseorang sehingga memberi kesan kepada
kehidupannya. Cinta kepada seseorang tidak selalunya berakhir dengan
kegembiraan atau melayari bahtera perkahwinan. Ada juga cinta yang terlarang
dan terpisah di pertengahan jalan. Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk
ditempuhi kerana kita telah menyerahkan segala perasaan, pemikiran dan tingkah
laku kepada orang yang kita cintai. Pada masa itu tentulah emosi kita akan
terganggu yang boleh memberi kesan negatif kepada diri dan kehidupan kita.
Mengapa perkara itu berlaku? Semua terjadi kerana kita meletakkan cinta kepada
manusia melebihi cinta kita kepada Allah. Persoalannya sekarang adalah mengapa
kita tidak mencintai Allah seperti mana kita mencintai seseorang yang istimewa
dalam kehidupan kita. Persoalan itu terhurai dengan sendirinya sekiranya kita
kenal kepada Allah. Tidak kenal maka tidak cinta.
Bagaimana hendak mencintai
Alllah?
1.
Kenali Allah dengan sifat 20 serta nama-nama
Allah sebanyak 99 nama. Pelajari dan memahami serta menghayatinya maka in sha
Allah akan lahir perasaan cinta dan sayang kepada Allah yang telah memberi kita
terlalu banyak perkara yang tidak boleh dikira dengan logik manusia.
2.
Sentiasa dekat dengan Allah dengan melakukan
ibadah dan istiqamah melakukannya.
3.
Tanamkan dalam hati kita bahawa Allah amat
menyayangi diri kita dan sentiasa ambil tahu tentang diri kita.
Apabila kita kenal kepada
Allah, maka ciri-ciri di atas pasti kita akan rasainya. Ketika mana perasaan
kasih sayang dan cinta kepada Allah maka percayalah pasti kita akan sentiasa
mengingati Allah setiap masa, hati menjadi tenang. Kata Iman Al-Ghazali dalam
kitabnya “ ketika aku dalam sendirian,
aku rasa dalam keramaian dan ketika aku dalam keramaian, aku terasa dalam
sendirian” . beliau mengambarkan bahawa dalam keadaan manapun dia sentiasa
bersama Allah. Selalu mengingati Allah. Subhanallah itulah cinta yang
sebenar-benarnya yang akan memberi manfaat kepada kita.
Sekiranya ciri-ciri Cinta di
atas kita dapat mengambil pemahaman yang mendalam maka kita akan merasai cinta,
kasih dan sayang itu ‘wujud’ kepada Allah kerana itulah sifat Allah. Kita mampu
menghayatinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dan berasa Allah sentiasa
dekat dengan kita. Subhanallah.. benarlah Sabda Nabi SAW bahawa sekiranya kita ingin
dekat kepadaNya sejengkal, maka Allah akan dekat dengan kita sehasta; Sekiranya
kita ingin dekat kepadaNya sehasta, maka Allah akan dekat pada kita dengan
sedepa; Apabila kita ingin dekat kepadaNya dengan sedepa, maka Allah akan dekat
dengan kita dengan berjalan; Apabila kita ingin kembali kepada Allah dengan
berjalan, maka ketika itu Allah datang kepada kita dengan berjalan cepat
(berlari); Apabila kita mendekati diri kita dengan berlari kepada Allah maka
Allah akan datang kepada kita seperti cahaya. Ternyata itulah Cinta yang
sebenar-benarnya. Cinta yang kekal abadi. Cinta yang akan membawa kita ke
puncak kebahagiaan yang pasti.
Ketika kita mendengar nama
Allah atau RasulNya kita akan menangis. Itulah tingkat cinta kita yang sebenarnya. Seperti
mana cinta para sahabat Nabi SAW yang meletakkan Allah dan RasulNya di tingkat
yang paling atas. Misalnya Ali bin Ali Talib RA yang gementar ketika mana
beliau berjalan memasuhi masjid. Sekiranya tidak melakukan lima solat, tidak
berguna hidup. Solat merupakan pertemuan antara Allah dengan hambaNya. Kata sahabat
Nabi SAW iaitu Abdullah bin Ibnu Mas’ud RA iaitu kerinduan menanti panggilan
Allah itu sangatlah besar. Sahabat gelisah menanti waktu solat. Ketika waktu
solat masuk, mereka sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Maha Pencipta. Begitu
hebat tingkatan iman dan taqwa mereka jika dibandingkan dengan kita. Namun kita
tetap mampu jadikan mereka sebagai ikutan kita demi mencari keredhaan Allah yang
sebenar.
TAZKIYYAHTUN NAFS
Cinta kepada isteri dan
hamba sahaya yang dimiliki oleh seorang lelaki termasuk kecintaan yang
bermanfaat. Hal ini akan menolongnya
dalam melaksanakan apa yang disyariatkan Allah SWT dalam perkahwinan dan
pemilikan hamba sahaya, iaitu menjadikan seorang lelaki menahan diri daripada
melakukan maksiat, sama ada berkaitan dengan diri mahupun keluarga. Dengan
demikian, dia dapat menahan diri dan nafsunya tidak mengarahkannya kepada yang
haram. Semakin sempurna dan kuat kecintaan antara suami dan isteri maka semakin
lengkap dan sempurna pula maksud perkahwinan itu. Allah SWT berfirman: Dialah
yang menciptakan kamu daripada jiwa yang satu(Adam) dan daripadanya Dia
menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya SURAH AL A’RAF : 189 dan firmanNya : Dan di antara
tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu
daripada jenismu sendiri agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya; dan
Dia menjadikan di antaramu rasa kasih saying ( Surah al-Rum, 30:21 )
Dan dalam As-Sahih disebutkan bahawa Rasullullah SAW
ditanya, “ Siapakah orang yang paling engkau cintai?” Baginda menjawab
“Aisyah”. Dan diriwayatkan dengan sanad sahih daripada Nabi SAW bahawa baginda
bersabda, “Dijadikan kesenanganku daripada dunia ada pada wanita dan minyak
wangi, dan dijadikan penyejuk hatiku ada dalam solat” (Hadis Riwayat An-Nasaei)
Oleh itu, tiada aib bagi seorang lelaki yang mencintai
dan menyayangi isterinya, melainkan jika hal tersebut menyibukkan dirinya
daripada kecintaan yang lebih manfaat baginya, iaitu kecintaan kepada Allah SWT
dan RasulNya serta jika kecintaannya itu mengalahkan cintanya kepada RasulNya.
Sebabnya, setiap cinta yang mengalahkan cinta kepada Allah dan RasulNya sehingga
melemahkan atau mengurangi kecintaan tersebut, maka itu adalah cinta yang
tercela. Sebaliknya, jika cinta itu mendorong cintanya kepada Allah dan
RasulNya serta menyebabkan kuatnya cinta tersebut, maka cinta itu adalah cinta
yang terpuji. Sebab itu, Rasulullah senang meminum air yang sejuk dan manis,
senang manisan dan madu, senang kepada kuda dan pakaian yang paling baginda
suka adalah Qamis ( sejenis jubah ) kerana pelbagai kecintaan tesebut tidak
mengalahkan kecintaan kepada Allah SWT, bahkan sebaliknya dapat menjadikan hati
dan keinginan untuk lebih memfokuskan kecintaan kepada Allah SWT. Ini adalah
kecintaan asli yang bergantung pada niat dan maksud pemiliknya.
Jika dia meniatkan dengan kecintaannya itu agar kuat
dalam melaksanakan perintah Allah dan dalam mentaatiNya, Maka itu termasuk
dalam ibadah. Jika dia melakukan hal itu hanya berdasarkan sesuatu yang
berdasarkan kecenderungan hati semata-mata, dia tidak diberi pahala dan tidak
pula diseksa. Dengan demikian, dia tidak mendapatkan peringkat yang diperoleh
orang yang mencintai kerana mengharap redha Allah SWT.
Dengan demikian, kecintaan yang bermanfaat ada tiga
jenis: cinta kepada Allah SWT, cinta kerana Allah SWT dan cinta yang memotivasi
ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi maksiat kepadaNya. Sebaliknya, kecintaan
yang membahayakan ada tiga macam pula: mempersekutukan cinta dengan Allah,
cinta yang mengundang kemurkaan Allah serta
cinta yang memutuskan atau mengurangi kecintaannya kepada Allah. Maka,
cinta kepada Allah adalah asal daripada segala kecintaan yang terpuji, asal
keimanan dan tauhid, manakala dia macam cinta berikutnya merupakan cabang
daripadanya. Mempersekutukan cinta dengan Allah merupakan asal daripada segala
kesyirikan dan kecintaan yang tercela, sedang dua jenis berikutnya merupakan
cabang daripadanya. ( Ibnu’l Qayyim Al-Jauziyyah, igasatu’Ilahfani fi Masayidi
Asy-Syaitani, Juz 2, tt.: 852-854 )
TIBBUN NABAWI
MENGUBATI CINTA YANG MEMBARA
Ini temasuk penyakit hati
yang berbeza dengan penyakit-penyakit lain, baik wujud, sebab, mahupun cara
penyembuhannya. Jika cinta yang membara ini benar-benar suka cinta yang membara
ini benar-benar sudah mencapai puncaknya, doktor dan ubat apa pun tidak akan
mampu menyembuhkannya. Ada dua golongan manusia yang diterangkan Allah SWT di
dalam kitabNYa tentang cinta yang membara ini, iaitu cinta isteri AL-Aziz
terhadap Yusuf dan kaum Lut yang mencintai anak lelaki yang tampan.
Cinta yang membara merupakan
rangkaian dua perkara: menganggap baik orang yang dicintai dan keinginan untuk
berhubungan dengannya. Cinta ini mengharuskan cinta terhadap apa yang dicintai
Allah, mengharuskan cinta kepada Allah dan RasulNya.
Kerana cinta yang membara
itu merupakan jenis penyakit hati, maka ia masih dapat disembuhkan dengan cara
apa pun. Jika orang yang dilanda cinta yang membara mendapatkan jalan untuk
berhubungan dengan orang yang cintai, tepat mengikut syariat dan ketetapan,
maka itulah cara penyembuhannya. Jika dia tidak mendapatkkan jalan untuk
berhubungan dengan orang yang dicintai, maka itu merupakan penyakit yang berat.
Cara penyembuhannya ialah dengan menimbulkan keputus asaan tentang apa yang
hendak diinginkannya sehingga dia benar-benar berputus asa untuk
mendapatkannya. ( Ibnu’l Qayyim Al-jauziyyah, Zadu’l Ma’adi fi Hadyi Khayri’l
‘Ibadi, Juz. 4 .t.t.: 265-278 )
RIYADUS SALIHIN
Daripada Mu`az bin Jabal
R.A. bahawa Rasulullah SAW memimpin tangannya dan berkata, “ Wahai Muaz, demi
Allah SWT, aku mencintaimu kemudian Aku wasiatkan kepada, wahai Muaz, janganlah
engkau tinggalkan stiap selesai solat untuk mengucapkan ( Ya Allah, bantulah
aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik
).
Hadis Riwayat Abu Daud dan
An-Nasaei dengan sanad sahih.
Hadis di atas mengandungi
faedah iaitu orang-orang yang saling mencintai kerana Allah memiliki kedudukan
mulia lagi agung di akhirat. Keinginan para nabi terhadap mereka tidak
mengharuskan mereka lebih utama daripada para nabi di sisi Allah kerana para
nabi merupakan makhluk yang termulia. Maksud hadis di atas ialah menerangkan
keutamaan, kemuliaan dan ketinggian darjat mereka.
(Dr. Mustafa Sa’id al-Khin,
Nuzhatu’l Muttaqina Syarhu Riyadi As-Salihina, Juz 1, 1407 H1987 M: 351 )
Jumaat, 9 September 2016
AYAT-AYAT AL-QURAN YANG MENYOKONG HADIS QUDSI TENTANG PENGAMPUNAN ALLAH
Surah Az-Zumar ( ayat 53 dan 54 )
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
Firman Allah: Katakanlah(wahai Muhammad): " Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang ( ayat 53)
dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan (ayat 54)
Surah An-Nisa ( ayat 110 )
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan Sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri ( dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
rujukan: https://rumaysho.com/3100-allah-mengampuni-setiap-dosa.html.
Ya Allah, banyak lagi ayat-ayat Al Quran yang menerangkan kepada kita tentang pengampunan Allah kepada hambanya selagi mana mereka memohon ampun kepadaNya. Selagi matahari tidak terbit dari ke timur ke barat. In sha Allah, taubat kita pasti akan diterima oleh Rabb. Allah lebih suka melihat hambanya bersujud memohon ampun atas dosa yang kita lakukan daripada melihat kemaksiatan yang kita lakukan. Oleh yang demikian, masih ada tempat lagi untuk kita mengangkat tangan dengan ikhlas dan hati terbuka untuk berserah diri kita kepada Maha Pencipta kita untuk memperbaiki iman kita dan terus kekal istiqamah dekat kepada Allah dan menjadi antara hamba-hambanya yang bertaqwa. In sha Allah...
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
Firman Allah: Katakanlah(wahai Muhammad): " Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang ( ayat 53)
dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan (ayat 54)
Surah An-Nisa ( ayat 110 )
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan Sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri ( dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
rujukan: https://rumaysho.com/3100-allah-mengampuni-setiap-dosa.html.
Ya Allah, banyak lagi ayat-ayat Al Quran yang menerangkan kepada kita tentang pengampunan Allah kepada hambanya selagi mana mereka memohon ampun kepadaNya. Selagi matahari tidak terbit dari ke timur ke barat. In sha Allah, taubat kita pasti akan diterima oleh Rabb. Allah lebih suka melihat hambanya bersujud memohon ampun atas dosa yang kita lakukan daripada melihat kemaksiatan yang kita lakukan. Oleh yang demikian, masih ada tempat lagi untuk kita mengangkat tangan dengan ikhlas dan hati terbuka untuk berserah diri kita kepada Maha Pencipta kita untuk memperbaiki iman kita dan terus kekal istiqamah dekat kepada Allah dan menjadi antara hamba-hambanya yang bertaqwa. In sha Allah...
Langgan:
Catatan (Atom)













