KECINTAAN
YANG BERMANFAAT
CINTA
Cinta merupakan satu kalimah
yang melambangkan kelembutan jiwa dan memberi satu aura yang dapat dirasai di
hati sehingga mampu menyebabkan seluruh orang berasa adanya cinta. Allah
menanamkan cinta sebagai fitrah manusia. Semua orang pernah merasai cinta,
kasih sayang dan rindu kepada seseorang kerana itulah naluri manusia yang ingin
disayangi dan menyayangi antara satu satu sama lain. Ianya disebut sebagai
“qharizah” iaitu naluri atau perasaan yang ada dalam qalbu yakni hati yang
memberi tindak balas atau respons melalui perasaan, pemikiran, percakapan dan perbuatan yang mampu
memberi impak dalam kehidupan.
CIRI-CIRI
ORANG JATUH CINTA
1. Sentiasa
gembira / senyum / senang hati
- Kita
sentiasa rasa gembira dan kadang-kadang senyum seorang diri kerana terkenangkan
dia. Terasa dunia ni milih kita dan si dia sahaja.
2.
Selalu
rindu dan teringat-ingat
- Perasaan
rindu ini boleh dikatakan setiap masa. Kalau ada perkara yang buat ingatan kita
kadang-kadang teringatkan si dia. Selalu teringat kenangan yang lepas-lepas.
Selalu terbayang-bayang ja wajah si dia.
3.
Ingin
selalu dekat / berjumpa dengannya
- Apabila
rindu malah menjadi tidak keruan, kita selalu nak dekat dengannya, kalau boleh
setiap masa berjumpa dengannya, bermesra dan bercakap dengannya. Malah telefon
bimbit ini memang xpernah jauh dari kita. Kalau tidak bercakap tentu bermesej.
Memang tidak peduli dah orang kata apa.
4.
Enggan
berpisah
- Kalau
dah berjumpa pulak, rasa masa terlalu cepat bergerak. Rasa tidak puas bersama.
Malah sentiasa merancang untuk keluar bersama lagi untuk melepaskan rindu
kesumat di jiwa.
5.
Selalu
lihat gambar
- Gambar
si dia selalu dibelek-belek. Malah berulang-ulang tengok tidak rasa jemu.
6.
Selalu
sebut nama
- Selalu
sebut namanya malah kadang-kadang tersilap cakap atau panggil orang lain dengan
panggilan nama si dia.
7.
Di
hati paling terbaik
- Di
hatinya sentiasa menganggap si dia adalah yang terbaik, tercantik dan
sebagainya walaupun kadang kala orang mempertikaikannya kita akan
pertahankannya.
8.
Turut
menyukai sesuatu perkara
- Kita
akan cuba menyesuaikan diri kita untuk menyukai apa yang disukai oleh si dia.
Walaupun kadang-kala hipokrit tu wujud tapi tetap layan juga sebab nak ambik
atau jaga hati si dia.
9.
Terasa
ada dekat pada diri.
- Kita
merasakan diri si dia selalu ada dekat dengan kita hingga kita tersilap orang.
Tengok orang lain muka macam si dia.
Itulah CINTA yang pasti
dirasai oleh setiap manusia. Penangan CINTA mampu memberi tindak balas kepada
perasaan, pemikiran dan tingkah laku seseorang sehingga memberi kesan kepada
kehidupannya. Cinta kepada seseorang tidak selalunya berakhir dengan
kegembiraan atau melayari bahtera perkahwinan. Ada juga cinta yang terlarang
dan terpisah di pertengahan jalan. Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk
ditempuhi kerana kita telah menyerahkan segala perasaan, pemikiran dan tingkah
laku kepada orang yang kita cintai. Pada masa itu tentulah emosi kita akan
terganggu yang boleh memberi kesan negatif kepada diri dan kehidupan kita.
Mengapa perkara itu berlaku? Semua terjadi kerana kita meletakkan cinta kepada
manusia melebihi cinta kita kepada Allah. Persoalannya sekarang adalah mengapa
kita tidak mencintai Allah seperti mana kita mencintai seseorang yang istimewa
dalam kehidupan kita. Persoalan itu terhurai dengan sendirinya sekiranya kita
kenal kepada Allah. Tidak kenal maka tidak cinta.
Bagaimana hendak mencintai
Alllah?
1.
Kenali Allah dengan sifat 20 serta nama-nama
Allah sebanyak 99 nama. Pelajari dan memahami serta menghayatinya maka in sha
Allah akan lahir perasaan cinta dan sayang kepada Allah yang telah memberi kita
terlalu banyak perkara yang tidak boleh dikira dengan logik manusia.
2.
Sentiasa dekat dengan Allah dengan melakukan
ibadah dan istiqamah melakukannya.
3.
Tanamkan dalam hati kita bahawa Allah amat
menyayangi diri kita dan sentiasa ambil tahu tentang diri kita.
Apabila kita kenal kepada
Allah, maka ciri-ciri di atas pasti kita akan rasainya. Ketika mana perasaan
kasih sayang dan cinta kepada Allah maka percayalah pasti kita akan sentiasa
mengingati Allah setiap masa, hati menjadi tenang. Kata Iman Al-Ghazali dalam
kitabnya “ ketika aku dalam sendirian,
aku rasa dalam keramaian dan ketika aku dalam keramaian, aku terasa dalam
sendirian” . beliau mengambarkan bahawa dalam keadaan manapun dia sentiasa
bersama Allah. Selalu mengingati Allah. Subhanallah itulah cinta yang
sebenar-benarnya yang akan memberi manfaat kepada kita.
Sekiranya ciri-ciri Cinta di
atas kita dapat mengambil pemahaman yang mendalam maka kita akan merasai cinta,
kasih dan sayang itu ‘wujud’ kepada Allah kerana itulah sifat Allah. Kita mampu
menghayatinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dan berasa Allah sentiasa
dekat dengan kita. Subhanallah.. benarlah Sabda Nabi SAW bahawa sekiranya kita ingin
dekat kepadaNya sejengkal, maka Allah akan dekat dengan kita sehasta; Sekiranya
kita ingin dekat kepadaNya sehasta, maka Allah akan dekat pada kita dengan
sedepa; Apabila kita ingin dekat kepadaNya dengan sedepa, maka Allah akan dekat
dengan kita dengan berjalan; Apabila kita ingin kembali kepada Allah dengan
berjalan, maka ketika itu Allah datang kepada kita dengan berjalan cepat
(berlari); Apabila kita mendekati diri kita dengan berlari kepada Allah maka
Allah akan datang kepada kita seperti cahaya. Ternyata itulah Cinta yang
sebenar-benarnya. Cinta yang kekal abadi. Cinta yang akan membawa kita ke
puncak kebahagiaan yang pasti.
Ketika kita mendengar nama
Allah atau RasulNya kita akan menangis. Itulah tingkat cinta kita yang sebenarnya. Seperti
mana cinta para sahabat Nabi SAW yang meletakkan Allah dan RasulNya di tingkat
yang paling atas. Misalnya Ali bin Ali Talib RA yang gementar ketika mana
beliau berjalan memasuhi masjid. Sekiranya tidak melakukan lima solat, tidak
berguna hidup. Solat merupakan pertemuan antara Allah dengan hambaNya. Kata sahabat
Nabi SAW iaitu Abdullah bin Ibnu Mas’ud RA iaitu kerinduan menanti panggilan
Allah itu sangatlah besar. Sahabat gelisah menanti waktu solat. Ketika waktu
solat masuk, mereka sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Maha Pencipta. Begitu
hebat tingkatan iman dan taqwa mereka jika dibandingkan dengan kita. Namun kita
tetap mampu jadikan mereka sebagai ikutan kita demi mencari keredhaan Allah yang
sebenar.
TAZKIYYAHTUN NAFS
Cinta kepada isteri dan
hamba sahaya yang dimiliki oleh seorang lelaki termasuk kecintaan yang
bermanfaat. Hal ini akan menolongnya
dalam melaksanakan apa yang disyariatkan Allah SWT dalam perkahwinan dan
pemilikan hamba sahaya, iaitu menjadikan seorang lelaki menahan diri daripada
melakukan maksiat, sama ada berkaitan dengan diri mahupun keluarga. Dengan
demikian, dia dapat menahan diri dan nafsunya tidak mengarahkannya kepada yang
haram. Semakin sempurna dan kuat kecintaan antara suami dan isteri maka semakin
lengkap dan sempurna pula maksud perkahwinan itu. Allah SWT berfirman: Dialah
yang menciptakan kamu daripada jiwa yang satu(Adam) dan daripadanya Dia
menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya SURAH AL A’RAF : 189 dan firmanNya : Dan di antara
tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu
daripada jenismu sendiri agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya; dan
Dia menjadikan di antaramu rasa kasih saying ( Surah al-Rum, 30:21 )
Dan dalam As-Sahih disebutkan bahawa Rasullullah SAW
ditanya, “ Siapakah orang yang paling engkau cintai?” Baginda menjawab
“Aisyah”. Dan diriwayatkan dengan sanad sahih daripada Nabi SAW bahawa baginda
bersabda, “Dijadikan kesenanganku daripada dunia ada pada wanita dan minyak
wangi, dan dijadikan penyejuk hatiku ada dalam solat” (Hadis Riwayat An-Nasaei)
Oleh itu, tiada aib bagi seorang lelaki yang mencintai
dan menyayangi isterinya, melainkan jika hal tersebut menyibukkan dirinya
daripada kecintaan yang lebih manfaat baginya, iaitu kecintaan kepada Allah SWT
dan RasulNya serta jika kecintaannya itu mengalahkan cintanya kepada RasulNya.
Sebabnya, setiap cinta yang mengalahkan cinta kepada Allah dan RasulNya sehingga
melemahkan atau mengurangi kecintaan tersebut, maka itu adalah cinta yang
tercela. Sebaliknya, jika cinta itu mendorong cintanya kepada Allah dan
RasulNya serta menyebabkan kuatnya cinta tersebut, maka cinta itu adalah cinta
yang terpuji. Sebab itu, Rasulullah senang meminum air yang sejuk dan manis,
senang manisan dan madu, senang kepada kuda dan pakaian yang paling baginda
suka adalah Qamis ( sejenis jubah ) kerana pelbagai kecintaan tesebut tidak
mengalahkan kecintaan kepada Allah SWT, bahkan sebaliknya dapat menjadikan hati
dan keinginan untuk lebih memfokuskan kecintaan kepada Allah SWT. Ini adalah
kecintaan asli yang bergantung pada niat dan maksud pemiliknya.
Jika dia meniatkan dengan kecintaannya itu agar kuat
dalam melaksanakan perintah Allah dan dalam mentaatiNya, Maka itu termasuk
dalam ibadah. Jika dia melakukan hal itu hanya berdasarkan sesuatu yang
berdasarkan kecenderungan hati semata-mata, dia tidak diberi pahala dan tidak
pula diseksa. Dengan demikian, dia tidak mendapatkan peringkat yang diperoleh
orang yang mencintai kerana mengharap redha Allah SWT.
Dengan demikian, kecintaan yang bermanfaat ada tiga
jenis: cinta kepada Allah SWT, cinta kerana Allah SWT dan cinta yang memotivasi
ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi maksiat kepadaNya. Sebaliknya, kecintaan
yang membahayakan ada tiga macam pula: mempersekutukan cinta dengan Allah,
cinta yang mengundang kemurkaan Allah serta
cinta yang memutuskan atau mengurangi kecintaannya kepada Allah. Maka,
cinta kepada Allah adalah asal daripada segala kecintaan yang terpuji, asal
keimanan dan tauhid, manakala dia macam cinta berikutnya merupakan cabang
daripadanya. Mempersekutukan cinta dengan Allah merupakan asal daripada segala
kesyirikan dan kecintaan yang tercela, sedang dua jenis berikutnya merupakan
cabang daripadanya. ( Ibnu’l Qayyim Al-Jauziyyah, igasatu’Ilahfani fi Masayidi
Asy-Syaitani, Juz 2, tt.: 852-854 )
TIBBUN NABAWI
MENGUBATI CINTA YANG MEMBARA
Ini temasuk penyakit hati
yang berbeza dengan penyakit-penyakit lain, baik wujud, sebab, mahupun cara
penyembuhannya. Jika cinta yang membara ini benar-benar suka cinta yang membara
ini benar-benar sudah mencapai puncaknya, doktor dan ubat apa pun tidak akan
mampu menyembuhkannya. Ada dua golongan manusia yang diterangkan Allah SWT di
dalam kitabNYa tentang cinta yang membara ini, iaitu cinta isteri AL-Aziz
terhadap Yusuf dan kaum Lut yang mencintai anak lelaki yang tampan.
Cinta yang membara merupakan
rangkaian dua perkara: menganggap baik orang yang dicintai dan keinginan untuk
berhubungan dengannya. Cinta ini mengharuskan cinta terhadap apa yang dicintai
Allah, mengharuskan cinta kepada Allah dan RasulNya.
Kerana cinta yang membara
itu merupakan jenis penyakit hati, maka ia masih dapat disembuhkan dengan cara
apa pun. Jika orang yang dilanda cinta yang membara mendapatkan jalan untuk
berhubungan dengan orang yang cintai, tepat mengikut syariat dan ketetapan,
maka itulah cara penyembuhannya. Jika dia tidak mendapatkkan jalan untuk
berhubungan dengan orang yang dicintai, maka itu merupakan penyakit yang berat.
Cara penyembuhannya ialah dengan menimbulkan keputus asaan tentang apa yang
hendak diinginkannya sehingga dia benar-benar berputus asa untuk
mendapatkannya. ( Ibnu’l Qayyim Al-jauziyyah, Zadu’l Ma’adi fi Hadyi Khayri’l
‘Ibadi, Juz. 4 .t.t.: 265-278 )
RIYADUS SALIHIN
Daripada Mu`az bin Jabal
R.A. bahawa Rasulullah SAW memimpin tangannya dan berkata, “ Wahai Muaz, demi
Allah SWT, aku mencintaimu kemudian Aku wasiatkan kepada, wahai Muaz, janganlah
engkau tinggalkan stiap selesai solat untuk mengucapkan ( Ya Allah, bantulah
aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik
).
Hadis Riwayat Abu Daud dan
An-Nasaei dengan sanad sahih.
Hadis di atas mengandungi
faedah iaitu orang-orang yang saling mencintai kerana Allah memiliki kedudukan
mulia lagi agung di akhirat. Keinginan para nabi terhadap mereka tidak
mengharuskan mereka lebih utama daripada para nabi di sisi Allah kerana para
nabi merupakan makhluk yang termulia. Maksud hadis di atas ialah menerangkan
keutamaan, kemuliaan dan ketinggian darjat mereka.
(Dr. Mustafa Sa’id al-Khin,
Nuzhatu’l Muttaqina Syarhu Riyadi As-Salihina, Juz 1, 1407 H1987 M: 351 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan