Isnin, 7 November 2016

HADITH KEDUA: MUKHTASAR IBDU ABI JAMRAH, PILIHAN DARI KITAB SAHIH IMAN AL-BUKHARI

Daripada Anas Radiyallahu ‘anhu dari Nabi Sallalahu ‘alaihi wassalam ia bersabda: tiga perkara; barang siapa yang ada tiga perkara itu padanya nescaya ia mendapat akan kemanisan iman, iaitu adalah Allah dan RasulNya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain dari keduanya. Dan bahawa ia kasih akan seseorang, tiada kasihnya itu melainkan kerana Allah Ta’ala. Dan bahawa ia benci akan kembali kepada kufur sebagaimana ia benci bahawa ia akan dicampakkan ke dalam neraka.


Hadist tersebut menerangkan bahawa tiga perkara menyebabkan seseorang beroleh kemanisan iman:

1.    Hendaklah kasih kepada Allah dan RasulNya benar-benar lebih daripada kasihnya kepada sesuatu benda atau kepada orang lain. Kalau demikian kasihnya itu, barulah ia mendapat kemanisan iman yang bererti pula beroleh kegembiraan dan kelazatan berbuat keta’atan dan kebajikan dengan penuh kecergasan dan kegiatan dengan tidak menghiraukan sama ada perkara itu keci atau besar, baikpun senang atau susah amalan yang akan diperbuatnya sebaliknya ia tidak bersenang hati kalau sekiranya keta’atan dan kebajikan itu tidak dan belum lagi diperbuat. Orang yang telah beroleh kemanisan iman, baginya amatlah payah meninggalkan kewajipan ibadah seperti: sembahyang, puasa, haji, zakat dan lain-lain daripada perkara yang diperintahkan agama Islam.


2.    Hendaklah ia kasih akan seseorang daripada anak Adam kerana Allah semata-mata, iaitu kasihnya kepada saudaranya itu disebabkan diapun hamba Allah dan seorang makhluk yang sama kejadian, yang sama pula keturunan dan bukan kerana ianya orang kaya, orang bangsawan, orang yang berpangkat atau orang yang terhormat.


3.    Hendaklah ia benci kembali kepada kekufuran. Maka kerana itu mahulah ditinggalkan segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada menyekutukan Tuhan seraya berusaha sungguh-sungguh menjauhi segala perbuatan keji, derhaka dan perangai yang jahat.


Inilah tiga perkara yang diterangkan oleh junjungan Sallallahu ‘alaihi wassalam bagi pengikut-pengikutnya untuk memperolehi kemanisan iman dan kelazatan beribadah, seorang Islam akan berada tetap di dalam ketaatan dan dalam keselamatan hidup bermasyarakat jika tiga perkara itu ada baginya.

Rujukan: Hadist kedua, Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah. 2012. Mengandungi 294 Hadith pilihan dari Kitab Sahih Iman al-Bukhari, Mustafa ‘Abdul Rahman, Selangor: Dewan Pustaka Fajar.




Sabtu, 8 Oktober 2016

PENGERTIAN HIJRAH




HIJRAH
Rasanya belum terlewat untuk membicarakan tentang hijrah khususnya di bulan Muharram ini. Perbincangan hijrah boleh dilihat daripada pengertian bahasa dan hubungan ‘hijrah’ dengan manusia. Secara umumnya, hijrah bermaksud perpindahan. Hijrah yang pertama dalam Islam adalah perpindahan sahabat Nabi SAW seramai 24 orang yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 12 orang perempuan yang berpindah dari Kota Mekkah ke Habsyah selama 3 bulan. Tujuan perpindahan ini adalah melindungi diri daripada penganiayaan Orang Quraisy.
Walau bagaimanapun, istilah hijrah sering dikaitan dengan perpindahan Rasullullah SAW dengan sahabatnya dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Perhijrahan ini merupakan satu peristiwa yang amat penting bagi agama Islam khususnya penyebaran syiar Islam ke seluruh dunia.






Secara bahasa ‘hijrah’ berasal dari akar kata هـ ج ر yang mengandung dua erti:
  1. memutuskan, misalnya seseorang hijrah meninggalkan kampung halamannya menuju kampung lainnya. Ini bererti dia memutuskan hubungan antara dirinya dengan kampungnya.
  2. menunjukkan pada erti kerasnya sesuatu الهجر الهجير الهاجرة bererti tengah hari di waktu panas sangat menyengat (keras).

Imam Al Asfahanii lebih cenderung kepada tafsiran yang pertama. Menurutnya, hijrah bererti berpisahnya seseorang dengan yang lain, baik berpisah secara fizikal, lisan, atau dengan hati. Meninggalkan suatu daerah bererti berpisah secara fizikal.  secara lisan bererti tidak mahu berbicara dengan orang lain dan membenci seseorang bererti memisahkan dirinya dengan orang lain secara hati (qalbiyah).
Daripada Umar bin Khattab RA, Nabi SAW telah bersabda:
إنما الاعمال بالنيات و إنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إل الله و رسوله فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya.” (Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907)
Jelaslah bahawa hijrah ini bukan sekadar perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat. Malah luas skopnya apabila kita memperhalusi pengertian yang sebenar iaitu hijrah dari satu perkara kepada perkara yang lebih baik. Itulah hikmahnya erti hijrah yang sebenar. Maka setiap kita dituntut untuk mengubah kehidupan kita agar lebih baik dari semalam. Khususnya menambahbaikan dalam ilmu dan ibadah kita kepada Allah SWT. Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk yang berterusan daripada Allah SWT.



Walaupun kadang kala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang dan suka tp demi mencari redha ilahi dan keberkatan kehidupan ini maka kalau itulah jalan yang terbaik teruskanlah kerana Allah adalah Maha Pentadbir sekalian alam.
“ Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung ”

“ When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah “
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”


jom ramai2 posa sunat hari assyura pada 10 Muharram setiap tahun tanda kita syukur kepada Allah dan sentiasa mencari RedhaNya dunia dan akhirat.





Rujukan:

https://www.google.com/search?q=puasa+sunat+muharram&biw

Sabtu, 1 Oktober 2016

SELAMAT TINGGAL 1437


Dia hadir dalam life aku tanpa disedari kerana sering berjumpa setiap hari. Hari demi hari berlaku akhirnya kami bersatu dalam alunan satu hubungan yang amat intin. Saat itu, kehidupan ini kembali ceria.
Dia banyak memberi kasih dan sayang kepada aku sehingga akhirnya kami bersama-sama menghadapi hidup yang indah. Kehadiran dia membawa satu impian yang besar untuk bersama-sama meniti kehidupan ini.
Image result for cute teddy bear cartoon drawing

Namun, pada 28 Zulhijrah 1437 'secara rasminya' Dia meninggalkan aku dalam mencari kebahagiaannya. Pemergiaan Dia suatu yang tidak diduga. Impian hanya tinggal kenangan terindah. Kasih sayang dia terus bersama aku menyusuri kehidupan ini. 

Aku redha dengan pemergiaan Dia kerana aku tahu segalanya adalah milik Allah. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga kebahagiaan dikecapi bersama. Kenangan bersama Dia akan dikenang sepanjang zaman kerana telah mengajar aku erti kehidupan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya.

Siapakah Dia?
Dia adalah pengalamanku dan kenanganku sepanjang tahun 1437 yang akan pergi buat selamanya sebentar lagi yang akan aku rindu kekal selamanya dihati tidak pernah terpadam.


Terima kasih kerana hadir dalam diriku..

Selamat datang tahun 1438, semoga kehadiran 'Orang Baru' dapat memberi kebahagiaan yang Dia impian dan disatukan hati kekal abadi selamanya.




Image result for doa akhir tahun


Isnin, 26 September 2016

INILAH CINTA..



KECINTAAN YANG BERMANFAAT





CINTA
Cinta merupakan satu kalimah yang melambangkan kelembutan jiwa dan memberi satu aura yang dapat dirasai di hati sehingga mampu menyebabkan seluruh orang berasa adanya cinta. Allah menanamkan cinta sebagai fitrah manusia. Semua orang pernah merasai cinta, kasih sayang dan rindu kepada seseorang kerana itulah naluri manusia yang ingin disayangi dan menyayangi antara satu satu sama lain. Ianya disebut sebagai “qharizah” iaitu naluri atau perasaan yang ada dalam qalbu yakni hati yang memberi tindak balas atau respons melalui perasaan, pemikiran, percakapan dan perbuatan yang mampu memberi impak dalam kehidupan.



CIRI-CIRI ORANG JATUH CINTA

1.  Sentiasa gembira / senyum / senang hati    
-   Kita sentiasa rasa gembira dan kadang-kadang senyum seorang diri kerana terkenangkan dia. Terasa dunia ni milih kita dan si dia sahaja.

2.    Selalu rindu dan teringat-ingat
-     Perasaan rindu ini boleh dikatakan setiap masa. Kalau ada perkara yang buat ingatan kita kadang-kadang teringatkan si dia. Selalu teringat kenangan yang lepas-lepas. Selalu terbayang-bayang ja wajah si dia.

3.    Ingin selalu dekat / berjumpa dengannya
-       Apabila rindu malah menjadi tidak keruan, kita selalu nak dekat dengannya, kalau boleh setiap masa berjumpa dengannya, bermesra dan bercakap dengannya. Malah telefon bimbit ini memang xpernah jauh dari kita. Kalau tidak bercakap tentu bermesej. Memang tidak peduli dah orang kata apa.

4.    Enggan berpisah
-     Kalau dah berjumpa pulak, rasa masa terlalu cepat bergerak. Rasa tidak puas bersama. Malah sentiasa merancang untuk keluar bersama lagi untuk melepaskan rindu kesumat di jiwa.

5.    Selalu lihat gambar
-       Gambar si dia selalu dibelek-belek. Malah berulang-ulang tengok tidak rasa jemu. 

6.    Selalu sebut nama
-       Selalu sebut namanya malah kadang-kadang tersilap cakap atau panggil orang lain dengan panggilan nama si dia.

7.    Di hati paling terbaik
-    Di hatinya sentiasa menganggap si dia adalah yang terbaik, tercantik dan sebagainya walaupun kadang kala orang mempertikaikannya kita akan pertahankannya.

8.    Turut menyukai sesuatu perkara 
-       Kita akan cuba menyesuaikan diri kita untuk menyukai apa yang disukai oleh si dia. Walaupun kadang-kala hipokrit tu wujud tapi tetap layan juga sebab nak ambik atau jaga hati si dia.

9.    Terasa ada dekat pada diri.
-       Kita merasakan diri si dia selalu ada dekat dengan kita hingga kita tersilap orang. Tengok orang lain muka macam si dia.




Itulah CINTA yang pasti dirasai oleh setiap manusia. Penangan CINTA mampu memberi tindak balas kepada perasaan, pemikiran dan tingkah laku seseorang sehingga memberi kesan kepada kehidupannya. Cinta kepada seseorang tidak selalunya berakhir dengan kegembiraan atau melayari bahtera perkahwinan. Ada juga cinta yang terlarang dan terpisah di pertengahan jalan. Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk ditempuhi kerana kita telah menyerahkan segala perasaan, pemikiran dan tingkah laku kepada orang yang kita cintai. Pada masa itu tentulah emosi kita akan terganggu yang boleh memberi kesan negatif kepada diri dan kehidupan kita. Mengapa perkara itu berlaku? Semua terjadi kerana kita meletakkan cinta kepada manusia melebihi cinta kita kepada Allah. Persoalannya sekarang adalah mengapa kita tidak mencintai Allah seperti mana kita mencintai seseorang yang istimewa dalam kehidupan kita. Persoalan itu terhurai dengan sendirinya sekiranya kita kenal kepada Allah. Tidak kenal maka tidak cinta.


Bagaimana hendak mencintai Alllah?
1.    Kenali Allah dengan sifat 20 serta nama-nama Allah sebanyak 99 nama. Pelajari dan memahami serta menghayatinya maka in sha Allah akan lahir perasaan cinta dan sayang kepada Allah yang telah memberi kita terlalu banyak perkara yang tidak boleh dikira dengan logik manusia.

2.    Sentiasa dekat dengan Allah dengan melakukan ibadah dan istiqamah melakukannya.

3.    Tanamkan dalam hati kita bahawa Allah amat menyayangi diri kita dan sentiasa ambil tahu tentang diri kita.

Apabila kita kenal kepada Allah, maka ciri-ciri di atas pasti kita akan rasainya. Ketika mana perasaan kasih sayang dan cinta kepada Allah maka percayalah pasti kita akan sentiasa mengingati Allah setiap masa, hati menjadi tenang. Kata Iman Al-Ghazali dalam kitabnya “ ketika aku dalam sendirian, aku rasa dalam keramaian dan ketika aku dalam keramaian, aku terasa dalam sendirian” . beliau mengambarkan bahawa dalam keadaan manapun dia sentiasa bersama Allah. Selalu mengingati Allah. Subhanallah itulah cinta yang sebenar-benarnya yang akan memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya ciri-ciri Cinta di atas kita dapat mengambil pemahaman yang mendalam maka kita akan merasai cinta, kasih dan sayang itu ‘wujud’ kepada Allah kerana itulah sifat Allah. Kita mampu menghayatinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dan berasa Allah sentiasa dekat dengan kita. Subhanallah.. benarlah Sabda Nabi SAW bahawa sekiranya kita ingin dekat kepadaNya sejengkal, maka Allah akan dekat dengan kita sehasta; Sekiranya kita ingin dekat kepadaNya sehasta, maka Allah akan dekat pada kita dengan sedepa; Apabila kita ingin dekat kepadaNya dengan sedepa, maka Allah akan dekat dengan kita dengan berjalan; Apabila kita ingin kembali kepada Allah dengan berjalan, maka ketika itu Allah datang kepada kita dengan berjalan cepat (berlari); Apabila kita mendekati diri kita dengan berlari kepada Allah maka Allah akan datang kepada kita seperti cahaya. Ternyata itulah Cinta yang sebenar-benarnya. Cinta yang kekal abadi. Cinta yang akan membawa kita ke puncak kebahagiaan yang pasti. 

Ketika kita mendengar nama Allah atau RasulNya kita akan menangis. Itulah tingkat cinta kita yang sebenarnya. Seperti mana cinta para sahabat Nabi SAW yang meletakkan Allah dan RasulNya di tingkat yang paling atas. Misalnya Ali bin Ali Talib RA yang gementar ketika mana beliau berjalan memasuhi masjid. Sekiranya tidak melakukan lima solat, tidak berguna hidup. Solat merupakan pertemuan antara Allah dengan hambaNya. Kata sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah bin Ibnu Mas’ud RA iaitu kerinduan menanti panggilan Allah itu sangatlah besar. Sahabat gelisah menanti waktu solat. Ketika waktu solat masuk, mereka sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Maha Pencipta. Begitu hebat tingkatan iman dan taqwa mereka jika dibandingkan dengan kita. Namun kita tetap mampu jadikan mereka sebagai ikutan kita demi mencari keredhaan Allah yang sebenar.








TAZKIYYAHTUN NAFS
Cinta kepada isteri dan hamba sahaya yang dimiliki oleh seorang lelaki termasuk kecintaan yang bermanfaat. Hal ini  akan menolongnya dalam melaksanakan apa yang disyariatkan Allah SWT dalam perkahwinan dan pemilikan hamba sahaya, iaitu menjadikan seorang lelaki menahan diri daripada melakukan maksiat, sama ada berkaitan dengan diri mahupun keluarga. Dengan demikian, dia dapat menahan diri dan nafsunya tidak mengarahkannya kepada yang haram. Semakin sempurna dan kuat kecintaan antara suami dan isteri maka semakin lengkap dan sempurna pula maksud perkahwinan itu. Allah SWT berfirman: Dialah yang menciptakan kamu daripada jiwa yang satu(Adam) dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya SURAH AL  A’RAF : 189 dan firmanNya : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya; dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih saying ( Surah al-Rum, 30:21 )

            Dan dalam As-Sahih disebutkan bahawa Rasullullah SAW ditanya, “ Siapakah orang yang paling engkau cintai?” Baginda menjawab “Aisyah”. Dan diriwayatkan dengan sanad sahih daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda, “Dijadikan kesenanganku daripada dunia ada pada wanita dan minyak wangi, dan dijadikan penyejuk hatiku ada dalam solat” (Hadis Riwayat An-Nasaei)

            Oleh itu, tiada aib bagi seorang lelaki yang mencintai dan menyayangi isterinya, melainkan jika hal tersebut menyibukkan dirinya daripada kecintaan yang lebih manfaat baginya, iaitu kecintaan kepada Allah SWT dan RasulNya serta jika kecintaannya itu mengalahkan cintanya kepada RasulNya. Sebabnya, setiap cinta yang mengalahkan cinta kepada Allah dan RasulNya sehingga melemahkan atau mengurangi kecintaan tersebut, maka itu adalah cinta yang tercela. Sebaliknya, jika cinta itu mendorong cintanya kepada Allah dan RasulNya serta menyebabkan kuatnya cinta tersebut, maka cinta itu adalah cinta yang terpuji. Sebab itu, Rasulullah senang meminum air yang sejuk dan manis, senang manisan dan madu, senang kepada kuda dan pakaian yang paling baginda suka adalah Qamis ( sejenis jubah ) kerana pelbagai kecintaan tesebut tidak mengalahkan kecintaan kepada Allah SWT, bahkan sebaliknya dapat menjadikan hati dan keinginan untuk lebih memfokuskan kecintaan kepada Allah SWT. Ini adalah kecintaan asli yang bergantung pada niat dan maksud pemiliknya.

            Jika dia meniatkan dengan kecintaannya itu agar kuat dalam melaksanakan perintah Allah dan dalam mentaatiNya, Maka itu termasuk dalam ibadah. Jika dia melakukan hal itu hanya berdasarkan sesuatu yang berdasarkan kecenderungan hati semata-mata, dia tidak diberi pahala dan tidak pula diseksa. Dengan demikian, dia tidak mendapatkan peringkat yang diperoleh orang yang mencintai kerana mengharap redha Allah SWT.

            Dengan demikian, kecintaan yang bermanfaat ada tiga jenis: cinta kepada Allah SWT, cinta kerana Allah SWT dan cinta yang memotivasi ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi maksiat kepadaNya. Sebaliknya, kecintaan yang membahayakan ada tiga macam pula: mempersekutukan cinta dengan Allah, cinta yang mengundang kemurkaan Allah serta  cinta yang memutuskan atau mengurangi kecintaannya kepada Allah. Maka, cinta kepada Allah adalah asal daripada segala kecintaan yang terpuji, asal keimanan dan tauhid, manakala dia macam cinta berikutnya merupakan cabang daripadanya. Mempersekutukan cinta dengan Allah merupakan asal daripada segala kesyirikan dan kecintaan yang tercela, sedang dua jenis berikutnya merupakan cabang daripadanya. ( Ibnu’l Qayyim Al-Jauziyyah, igasatu’Ilahfani fi Masayidi Asy-Syaitani, Juz 2, tt.: 852-854 )






TIBBUN NABAWI


MENGUBATI CINTA YANG MEMBARA

Ini temasuk penyakit hati yang berbeza dengan penyakit-penyakit lain, baik wujud, sebab, mahupun cara penyembuhannya. Jika cinta yang membara ini benar-benar suka cinta yang membara ini benar-benar sudah mencapai puncaknya, doktor dan ubat apa pun tidak akan mampu menyembuhkannya. Ada dua golongan manusia yang diterangkan Allah SWT di dalam kitabNYa tentang cinta yang membara ini, iaitu cinta isteri AL-Aziz terhadap Yusuf dan kaum Lut yang mencintai anak lelaki yang tampan.
Cinta yang membara merupakan rangkaian dua perkara: menganggap baik orang yang dicintai dan keinginan untuk berhubungan dengannya. Cinta ini mengharuskan cinta terhadap apa yang dicintai Allah, mengharuskan cinta kepada Allah dan RasulNya.
Kerana cinta yang membara itu merupakan jenis penyakit hati, maka ia masih dapat disembuhkan dengan cara apa pun. Jika orang yang dilanda cinta yang membara mendapatkan jalan untuk berhubungan dengan orang yang cintai, tepat mengikut syariat dan ketetapan, maka itulah cara penyembuhannya. Jika dia tidak mendapatkkan jalan untuk berhubungan dengan orang yang dicintai, maka itu merupakan penyakit yang berat. Cara penyembuhannya ialah dengan menimbulkan keputus asaan tentang apa yang hendak diinginkannya sehingga dia benar-benar berputus asa untuk mendapatkannya. ( Ibnu’l Qayyim Al-jauziyyah, Zadu’l Ma’adi fi Hadyi Khayri’l ‘Ibadi, Juz. 4 .t.t.: 265-278 )





RIYADUS SALIHIN
Daripada Mu`az bin Jabal R.A. bahawa Rasulullah SAW memimpin tangannya dan berkata, “ Wahai Muaz, demi Allah SWT, aku mencintaimu kemudian Aku wasiatkan kepada, wahai Muaz, janganlah engkau tinggalkan stiap selesai solat untuk mengucapkan ( Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik ).
Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasaei dengan sanad sahih.
Hadis di atas mengandungi faedah iaitu orang-orang yang saling mencintai kerana Allah memiliki kedudukan mulia lagi agung di akhirat. Keinginan para nabi terhadap mereka tidak mengharuskan mereka lebih utama daripada para nabi di sisi Allah kerana para nabi merupakan makhluk yang termulia. Maksud hadis di atas ialah menerangkan keutamaan, kemuliaan dan ketinggian darjat mereka.
(Dr. Mustafa Sa’id al-Khin, Nuzhatu’l Muttaqina Syarhu Riyadi As-Salihina, Juz 1, 1407 H1987 M: 351 )

 

Jumaat, 9 September 2016

AYAT-AYAT AL-QURAN YANG MENYOKONG HADIS QUDSI TENTANG PENGAMPUNAN ALLAH

Surah Az-Zumar ( ayat 53 dan 54 )

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ


Firman Allah: Katakanlah(wahai Muhammad): " Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang ( ayat 53)

dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan (ayat 54)




Surah An-Nisa ( ayat 110 )

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan Sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri ( dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


rujukan: https://rumaysho.com/3100-allah-mengampuni-setiap-dosa.html.



Ya Allah, banyak lagi ayat-ayat Al Quran yang menerangkan kepada kita tentang pengampunan Allah kepada hambanya selagi mana mereka memohon ampun kepadaNya. Selagi matahari tidak terbit dari ke timur ke barat. In sha Allah, taubat kita pasti akan diterima oleh Rabb. Allah lebih suka melihat hambanya bersujud memohon ampun atas dosa yang kita lakukan daripada melihat kemaksiatan yang kita lakukan. Oleh yang demikian, masih ada tempat lagi untuk kita mengangkat tangan dengan ikhlas dan hati terbuka untuk berserah diri kita kepada Maha Pencipta kita untuk memperbaiki iman kita dan terus kekal istiqamah dekat kepada Allah dan menjadi antara hamba-hambanya yang bertaqwa. In sha Allah...


HADIS QUDSI

Daripada Abu Sa'id Al Khudriy, daripada Nabi SAW, baginda bersabda, " Iblis berkata, ' Wahai Rabb, aku akan sentiasa menggelincirkan anak cucu Adam selama roh mereka masih ada di dalam jasad-jasad mereka' Kemudian baginda bersabda " maka Rabb SWT berfirman akan tetap mengampunkan mereka selama mereka meminta ampun kepada-Ku ( HR Ahmad )
- rujukan: Al-Quran Amazing, Amazing:33 Panduan Al-Quran untuk Hidup anda, Karya Bestari. 2013


TUJUAN

tujuan blog ini aku create sebab nak cari something yang maybe ble share pada semua orang ttg life yang sepatutnya kita lakukan. Semua orang pasti ada banyak pengalaman tentang life. So kalau ada nak share silakan kerana pengalaman kita yang lalui pasti akan mematangkan kita. Kenal Diri kita sebenarnya maka kita pasti akan melihat akan kelemahan dan kelebihan yang kita ada.. So good luck semua muslimin muslimat menghadapi life kita di akhir zaman ini kerana dunia kita adalah zaman fitnah yang cukup hebat yang perlu diharungi.

Khamis, 8 September 2016

Nasyid - Doa Perpisahan (Brothers)

Sigma - Istikharah Cinta Lirik Lagu



sedap lagu ni.. but life must be go on.
07 Zulhijrah 1437 aku terdetik untuk membuat blog setelah sekian lama keinginan ini wujud. Setiap perkara yang Allah takdirkan itu pasti ada Sebab dan HikmahNya.. Alhamdulillah mudahan segala impian akan tertunai dan telah dikekalkan keyakinan dan keimaan yang utuh kekal selamanya walaupun badai datang tanpa diundang.. In sha Allah.